Gempa di Sumatera (Padang dan Jambi) dan ingatan Allah

09 October 2009

Benar, segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah SWT. hanya selang sehari setelah kejadian, beredar khabar di antaranya, timbul pesanan singkat yang mengaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!”

demikian bunyi pesanan ringkas yang kedengaran. sesiapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesanan ringkas tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah SWT.

Demikian ayat-ayat Allah S.W.T tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah SWT di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa yang berlaku di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Dengan adanya pelbagai “kebetulan” yang Allah SWT sampaikan dalam musibah gempa yang berlaku ini, Allah SWT jelas hendak mengingatkan kita semua. apakah semua “kebetulan” itu sekadar sebuah “kebetulan” semata-mata tanpa pesanan yang bererti? adakah pesanan Allah SWT itu akan mengubah kita semua agar lebih mentaati pada perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya? atau malah kita semua sama sekali tidak peduli, bahkan mentertawakan semua ingatan ini sebagaimana dahulu kaum kafir Quraiys menertawakan dakwah Rasulullah SAW? semua terpulang kepada diri kita masing-masing.

Wallahu’alam.

3 comments

  1. ok please don't delete this comment

    1. Padang & tempat berlakunya gempa baru-baru ini bukannya kawasan penuh maksiat & kemewahan melimpah ruah. Jika benar Allah ingin menurunkan bala ke atas manusia, Kuala Lumpur adalah tempat yang lebih sesuai.

    2. Kenapa ayat al-Quran dikaitkan SELEPAS terjadinya sesuatu kejadian. Jika betul dalam al-Quran itu ada petanda & ramalam sebegini, kenapa tiada siapa pernah meramalkan kejadian sebelum ianya terjadi?

    ReplyDelete
  2. 1. Saya tidak pernah ke Padang, tetapi selalu ke Kuala Lumpur. Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang sedang diaturkan oleh Allah.

    2. Ini bukan ramalan atau petanda kejadian ini. Apa yang saya lihat penulis ingin menyampaikan bahawa ingatan Allah mengenai larangannya. dan tidak mentertawakannya. Lihat keseluruhan 3 ayat itu dan apa kaitannya.

    ReplyDelete