Adam dan Milah baru pulang dari kenduri di rumah saudara Milah. Adam agak penat dan lapar kerana memandu sepanjang perjalanan pulang memakan masa 4 jam.
"Milah,buatkan abang nasik dengan telur goreng, boleh?" pinta Adam.
"Okeh!" kata Milah.
Milah pun masuk ke dapur. Milah pun membasuh beras. Tiba-tiba kepala Adam tercongok di tepi peti sejuk.
"Milah, Milah, basuh beras bilas 2 kali ya!" kata Adam.
"Baik bang!" kata Milah dengan riang.
Milah membasuh beras dan meletakkan bekas beras itu ke dalam rice cooker.
"Milah, Milah, tekan butang dia betul2!Pastikan lampu menyala!" jerit Adam.
"Baik bang!" jawab Milah lagi.
Milah pun pergi ke peti sejuk dan mengambil dua biji telur. Sedar-sedar, Adam sudah ada ditepinya.
"Abang..abang nak makan sangat² ke? Ke abang nak makan Milah ni? Hehehehe" tanya Milah bergurau. Muka Adam serius.
"Milah,pintu peti sejuk tu,tutup elok-elok!" kata Adam.
"Alah abang ni.." kata Milah mula rasa Adam annoying.
"Telur tu ketuk bagi pecah elok-elok, kulit telur jangan ada tertinggal lak," kata Adam sambil jarinya menunjukkan pada Milah di mana telur itu patut diketuk.
"Minyak dah panaskan ke? Apsal minyak tak dipanaskan lagi?"
Milah memecahkan telur dan memukul 2 biji telur.
"Pakai garpu! Pukul telur tu sampai rata! Garam jangan lupa masukkan!" pesan Adam agak kuat dan serius sambil berdiri di sebelah Milah. Milah memukul telur itu sebaik mungkin.
"Kuat lagi,kuat lagi!" jerit Adam macam orang gila.Milah sudah mula rasa tension.
"Kuali ni dah berasap Milah, kuali tu dah berasap! Habis! Habis!" jerit Adam makin lantang.
"Iye bang,saya nampak ni..." kata Milah sambil menuang telur ke dalam kuali. Berdesit bunyinya lalu mengeluarkan bau yang harum.
"Milah! Milah! Dah nak hangit tu! JAGA-JAGA! KARANG TERBAKAR!" jerit Adam makin menggila.
"ABANG! APA NI!? Saya nak goreng telur aje. Tak payah la nak ajar saya sampai macam tu sekali! Sakit telinga saya dengar abang terjerit-jerit. Bukannya saya tak reti! Dah banyak kali la saya goreng telur!" balas Milah tak tahan dengan perangai suaminya.
Adam dengan selamba bangun ke ruang tamu untuk menonton sukan, "Macam tu lah perasaan saya masa driving 4 jam on the way kita ke rumah tadi. Tension kan?"
p/s: wanita memang begitu.
0 Comments
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)