Aku terlupa untuk Diam

17 July 2009

Aku mengetap rapat bibir. Bila hati sudah mula berkata-kata, baiklah mulut dikunci rapat sahaja. apabila encik hati sudah campur tangan, aku lebih suka untuk diam sahaja. bimbang lidah melafazkan kata-kata hati sebelum sempat untuk ditapis oleh aqal dan iman. aku tidak mahu mengambil risiko dan menyesal kemudian. kata orang, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya."

yang pasti inilah masanya untuk menguji, sejauh mana aku faham hadith Rasulullah yang satu ini.. atau ia hanyalah ilmu yang tersimpan dalam buku usrah saban hari?

Sudahkah dijelmakan menjadi akhlak diriku?

"Sesiapa yang beriman kepada Allah & hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam sahaja." (riwayat Bukhari & Muslim)

samada bercakap benda yang baik atau berdiam diri sahaja.

Rasulullah kalau berbicara, sentiasa dari hati yang ikhlas, dari landasan iman yang jelas & lurus. Baginda tidak pernah berbicara sesuatu yang tidak diperlukan, apatah lagi yang sia-sia. sembangnya, gurauannya, dan tentu sekali nasihat dan tegurannya sentiasa diabadikan kerana indahnya, jujurnya serta benarnya kata-kata yang lahir dari Qudwah Hasanah itu..

dan Rasulullah juga telah berpesan,

"Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, maka banyaklah dosanya dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya nerakalah yang utama untuknya." (riwayat Abu Naim)

ye.. siapa yang suka pada tin kosong? Baiklah jadi diam-diam ubi berisi!

Diam – that’s the best, kecualilah kalau bicara itu akan menambahkan iman atau bakal mengikat kasih-sayang. kalau sekadar untuk seronoknya bercerita hal orang lain, we are really entering a Dangerous Zone. Kalau cerita itu tentang keburukan orang (biasanyalah)…

Jika ia BETUL, maka kita dikira MENGUMPAT.

Jika ia SALAH, maka kita dikira MEMFITNAH.

Pilih!

Diam – pilihan terbaik.

Imam Syafie pula berpendapat 'diam' ini satu bisnes yang bagus.

"Tidakkah engkau melihat harimau-harimau di hutan ditakuti ketika diam? Sedangkan anjing di jalanan banyak yang dibaling batu kerana selalu menyalak. Aku menganggap diam ini satu perniagaan. Kalaupun tidak ada untungnya ketika itu, paling kurang, aku tidak akan rugi."

namun, kadang-kadang, dalam sesetengah keadaan, aku sedar, untuk mengunci rapat bibirku saja pun, aku sudah menggunakan segenap kekuatanku. dan aku mesti cepat memintas hatiku dari terus berkata-kata sendiri dengan istighfar. aku berpendapat diam itu adalah:—
  • satu ibadah, tanpa perlu bersusah-payah
  • satu perhiasan, tanpa perlu bersolek
  • satu pelindung, tanpa perlu kepada pagar
  • satu kekayaan, tanpa mungkin dicuri
Diam pada tempatnya… satu kehebatan!

1 comment

  1. memang la betul diam tu baik..tp kalau untuk org yg diam sedangkan dia tau kebenaran contohnya ade org kena fitnah ke mcm mane pula? kiranye selalu org diam bkn kena tempatlah..

    ReplyDelete