Selamat Hari Ibu... Bonda

10 May 2009

pagi hari minggu ini aku bangun awal. tapi hari ini bukan hari minggu yang biasa. hari ini juga merupakan hari minggu kedua dalam bulan Mei atau lebih tepat lagi bila aku sebut hari ini merupakan Hari Ibu buat semua ibu di Malaysia dan Negara-neagara yang sambut Hari Ibu pada hari ini. untuk maklumat lanjut sila baca entry en. topo berkenaan tarikh hari ibu.

kepada bonda di kampung Selamat Hari Ibu. entry kali ini khas untuk bondaku tersayang. di mana beliau telah membesarkan aku dengan penuh kasih sayang walaupun anaknya ini sangat nakal dan juga degil tak mahu dengar cakap beliau. Terima kasih bonda kerana telah menjadikan aku seperti sekarang ini. beliau juga tidak pernah putus asa dalam mendidik anak-anaknya.

ketenangan nya memberi semangat kepada aku. walau seberat mana masalah yang menimpa beliau tetap kelihatan tenang. mungkin tidak mahu anak-anaknya gelisah.

bonda.. anak mu ini sangat menyanyangi mu. takkan ada pengganti yang sepertimu. nasihatmu akan ku ingat sampai bila². I never make you cry again because of me. but I will make you cry proud of me.

selamat hari-hari ibu kepada pembaca yang juga merupakan seorang ibu. kepada pembaca yang mempunyai ibu jangan lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada ibu anda sementara masih ade kesempatan. kepada mereka yang ibunya telah kembali ke rahmatullah sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka. tiada apa yang mereka harapkan sekarang melainkan doa dari anak-anaknya.

Sekian,

2 comments