Kembali ke alam cyber

30 April 2009

Kemana aku menghilang? sebenarnya bukan menghilang tapi hanya merehatkan diri seketika dari dunia cyber. jika anda perasan entry terakhir sebelum entry ini adalah 2bulan yang lepas. aku tak dapat nak tumpukan kepada banyak perkara dalam masa yang sama. bersesuaian dengan motto yang aku bagi kat majalah sekolah masa form 5. "Sometime we have to lose to win". maksudnya anda kena pikir sendiri tapi kaitannya adalah anda perlu mengorbankan sesetengah perkara untuk mendapatkan sesuatu perkara. kita takkan dapat semua benda dalam hidup ini.

ade perkara yang lagi penting buat seorang lelaki yang masih lagi bergelar seorang pelajar. sekian saja mukaddimah aku. hahaha. dalam bahasa lainnya aku nak cakap aku baru je habis final exam. so, bila dah cuti ni. memang tangan aku akan melekat kat mouse je.


banyak perkara yang telah berlaku. aku merasakan masa amat cepat berlalu. sedar tak sedar aku baru saja menamatkan semester 5 pengajian aku di Universiti Teknologi MARA Malaysia dalam jurusan B.Eng (Hons) Chemical Engineering. tapi itulah hakikatnya. berbanding hanya 4 semester di Universiti Multimedia atau lebih popular disebut MMU dalam jurusan B.Eng (Hons) Electronics majoring in Computer.

dua jurusan yang jauh berbeza. tapi mempunyai satu persamaan. iaitu amatlah tough . ok sampai disini saje kisah hidup aku. aku pun bukannya suka menulis kisah hidup aku. tapi dah tersentuh plak bab tu. takpe la sikit tuk buat pengetahuan sket tentang latar belakang aku.

cuma entry kali ini hanyalah untuk memberitahu bahawa selepas ini akan muncul entry yang best² kat blog ini tunggu je okay...

2 comments