Kenal dan kawal nafsu

01 February 2009

Pernahkah anda melihat layang-layang yang cantik melayang-layang dan menari-nari di udara? Ia suatu pemandangan mengasyikkan! tahukah anda mengapa layang-layang itu terus menjadi cantik dan mampu terus melayang-layang di udara dan mengasyikkan?

ia disebabkan benangnya mantap dan tidak putus. apabila benang itu putus, hilanglah kecantikan layang-layang itu. akhirnya, tersadai di tempat yang tidak menentu, menanti kehancuran! demikianlah dengan nafsu termasuk nafsu seks. apabila benang agama terputus daripadanya manusia akan tersadai di tempat yang hina menanti kehancuran.

nafsu itu diri. ianya dalam diri. ianya menyala-nyala. berkobar-kobar. diam dan pejam matamu. rasakan ia. malah ianya dalam sanubari, terpendam jauh dalam pelosok badan. Mmencakar-cakar bukan? menarik-narik. merentap-rentap. anda boleh rasakan namun anda tidak pasti dari mana sumber asalnya.

beri ia makan. beri ia minum. beri ia puas. beri apa saja. biarkan ia makan dan biarkan ia menyala, tinggi. nafsu itu api. diberi makan nescaya ia puas, membesar dan membakar. membakar dan menyala memakan diri kamu sendiri. ke arah kemusnahan.

maka diciptakan kaedah oleh ALLAH... tuhan sekalian alam, yang tahu akan kelemahan manusia mengatasi gejala bahana nafsu ke atas diri sendiri yang lemah.

ya, dia tahu manusia itu pada fitrahnya lemah. maka diciptakan cara untuk mengatasi api yang membakar. berpuasalah selama sebulan. berpuasa ibarat menahan dari memberi api itu makan. api itu tidak bisa terpadam, namun apabila ia dikawal ia akan jadi kecil. sekecil api lighter yang meliuk saat kamu menyalakan sesuatu. boleh dikawal, malah dipadam.

kawallah ia sebelum ia membakar. dan ketahuilah segala apa yang disuruh oleh pesuruh-pesuruh sebelum ini, ada faedahnya. supaya kita semua terkandung dalam ajaran yang lurus.

supaya kita menjadi sempurna, bukan cacat rohani. supaya kita menjadi manusia, bukan binatang. supaya kita mempunyai akal sebagai pembimbing, bukan nafsu yang mengiakan apa saja, matlamat menghalalkan cara.

sesungguhnya aku redha dengan Islam sebagai agamaku dan aku redha dengan segala apa yang disampaikan oleh para Pesuruh-ku.

7 comments

  1. insya-allah akan dikawal setiap masa

    ReplyDelete
  2. ya Allah.. Ampunilah dosa-dosaku.

    ReplyDelete
  3. KE - Terima kasih keran amemberikan komen yang paling BERNAS sekali dalam blog aku :)

    ReplyDelete
  4. salam ziarah...betul tu, kawal nafsu juga merupakan satu jihad

    ReplyDelete
  5. aku tambah cerita lagi kat sini... kisah kejadian nafsu..

    Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.

    Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

    Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

    Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

    Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

    Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."

    Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

    Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.

    ReplyDelete
  6. insya-Allah akan ku cuba mengawal nafsuku

    ReplyDelete
  7. @Anonymous: berpuasalah itu lah yang di anjurkan oleh islam. jika kita betul2 menghayati puasa kita kita akan berjaya menundukkan nafsu kita.

    ReplyDelete