setelah disiasat² dapat lah satu cerita. tapi aku malas nak cerita kat sini. kesnya dia diperas ugut oleh seorang lesbian. so, harini aku dok cari jalan je macam mane nak buang gambar tersebut memandangkan dia call dengan nada yang hampir menangis. tapi menjelang je malam tadi alhamdulillah semuanya dah setel. gambar tu pun dah takde kat laman web tersebut. semuanya kerana chatting. dia pun bagitahu aku lepas kejadian tu dia dah serik nak chatting.
so dari kejadian tersebut banyak kesimpulan dan pengajaran yang dapat diambil daripadanya sebagai etika atau aku lebih suka sebut apa yang sepatutnya kita buat semasa dalam chat room.
ramai di antara kita ni suka chatting. masuk Yahoo! chat room atau pun menggunakan mIRC. aku pun dulu suka jugak chatting tapi tu dah tinggal kenangan. aku pun dah lama tak masuk chat room jika diingatkan balik kali terakhir aku masuk chatroom masa form4. tak tahu kenapa mungkin ape yang aku harapkan dapat cari dalam chat room tak tercapai ataupun aku telah bosan chatting. so sekarang aku hanya layan chat kat YM! dengan orang yang aku kenal saje.
apa yang aku ingin ketengahkan pada kali ini pula ialah mengenai privasi dan maklumat peribadi diri anda. mengapa anda mudah memberikan maklumat peribadi tentang diri anda kepada orang yang anda kenali beberapa jam yang lalu? adakah kerana anda tertarik dengan orang itu atau memang anda menantikan seseorang untuk mengisi kesunyian dalam hidup anda?
apa pun alasan anda. anda sepatutnya berhati dalam memberikan maklumat peribadi anda secara tepat. jika anda baca surat khabar, tengok buletin utama, kes-kes jenayah yang melibatkan dunia cyber makin meningkat. salah salah sebabnya kurangnya kesedaran pengguna internet mengenai bahawa dunia cyber.
Jangan Mudah Percaya
siasat latar belakang seseorang dahulu sebelum melanjutkan perbualan/chat. cuba tanyakan soalan basic macam jantina, umur, tinggal kat mane apa jelah yang berkaitan. kemudian cuba test kebenaran fakta yang dinyatakan. kemukan soalan² lain yang berkaitan dengannya supaya tiada jawapan yang bercanggah. jika ada hati² mungkin orang itu cuba mereka-reka cerita kepada anda.
jadi hati-hati lah semasa mencari teman/kawan di chat room. selain chat room ade alternatif lain untuk menambahkan kenalan. contoh nya melalui blog. anda boleh bertukar-tukar Yahoo! ID. cara ini lagi selamat dari chat room.
kini social networking yang ade sekarang memberikan peluang yang lebih selamat untuk menambah kenalan. melalui cara ini ada dapat melihat gambar membaca komen dan sebagai. sekurang-kurangnya anda tahu serba sedikit latar belakang seseorang itu.
tapi siapa sangka browser game Travian yang aku main sekarang ni pun boleh tambah kenalan. menghabiskan masa berjam² dihadapan komputer tetapi tidak dapat buat networking ape guna? bazir masa dan tenaga. jadi ambillah kesempatan. ibarat kata orang tua-tua sambil menyelam minum air.
semuanya bermula dari YM!. bila dah dah selalu chat akan berubah phase pulak ke SMS kemudian telefon kemudian MMS saling tuka² gambar. kemudian macam² lah perkara tak elok akan menyusul seperti cerita TER.
dah lama saya nantikan post baru
ReplyDeleteuih...mcm2 ye..
ReplyDeletekne blackmail mmg menyakitkan hati..
pahni kne lebeyh berhati2 la..
btul2..i prefer blogging nk carik kwn dri chat.
selamat.
betul... kita tak tau siapa yg baik dan siapa yg tipu dalam ni...
ReplyDeletep/s: aku si penipu... hati2 korang.. hehehe
aku la yang menipu...hahaha
ReplyDeleteke aku salah send gune acc0unt ko
alamak...aku lamax masuk chat room
ReplyDeleteweih..
ReplyDeletesalam perkenalan..
ko travian server brp? :)
mmg betul...harus tau yg mane baek yg mane xbaek...keputusan di tangan kita kan..
ReplyDeletesepanjang aku chatting alhamdulillah tak pernah kene tipu coz yang dak2 yang chat ngan aku semunya org2 yang 'kekal' kat chat room tersebut.. lama2 dah kawan, siap dah jumpa lagi.. wat gathering sangat seronok... tapi bagi perempuan, jaga2 la ek.. sbb org slalu amek kesempatan... lani zaman chat pon dah berakhir.. namun tak putus jua hubungan dengan rakan2 ym...
ReplyDeletechat.....
ReplyDeleteK tak pernah masuk dalam tu :)
KE betul... setiap benda yang kita buat mesti ade etika...
ReplyDelete