Tengok gambar di friendster untuk private profile

26 January 2009

dah lama aku mencari cara bagaimana nak view private photo kat Friendster tapi hasilnya hampa. cara yang ade semua telah dipatchkan oleh Friendster. ada juga aku download software² untuk melihat private photo dan jugak private profile kat Friendster. tapi dapat guna sekejap sahaja kerana telah di patch oleh friendster. baru-baru ni aku jumpa lagi satu software tuk tujuan yang sama. malangnya kali ini mereka meletakkan bayaran untuk software tersebut. wah... pandai sungguh membuat duit dengan reverse engineering.

tetapi aku bukan nya bodoh sangat nak beli software semata-mata untuk melihat private photo dan private profile kat Friendster. I'm not that desperate. lagipun kalau anda membeli software tersebut adakah waranty atau gurantee bahawa software tersebut akan sentiasa boleh digunakan? jawapannya tidak kerana jika Friendster melakukan update dan patch semua security hole yang ade software tu mmg tidak boleh digunapakai lagi. dan pencipta software tu terpaksa memikirkan cara atau kaedah lain mencari kelemahan-kelemahan sistem Friendster. percayalah mereka (Friendster) semakin lama semakin bagus.

hanya mereka yang menamakan diri mereka hackers sahaja yang memanipulasikan kelemahan-kelemahan sistem baru.

kembali kepada topik asal kita. melihat gambar untuk private profile. mesti anda penah mengalami situasi ini. dimana anda mahu melihat gambar seseorang tetapi profile mereka telah disetkan private atau peribadi. anda pernah cuba add mereka tapi mereka enggan approve kan friend request anda. ataupun bagi lelaki yang ingin melihat gambar perempuan cantik yang dijumpai dalam Friendster tetapi bila dibuka profile mereka hampa kerana private.

kini ada satu kaedah untuk melihat gambar² mereka. ikuti tutorial di bawah:

Tutorial Melihat Gambar Private Profile Friendster


  1. Kenal pasti target anda.
  2. Kenal pasti user ID friendster atau UID target anda. tak tahu ape itu UID? cara yang paling mudah tengok kat url adress bar anda. contohnya:
    daripada url
    http://profiles.friendster.com/9049037
    UID target anda ialah 9049037
  3. pergi ke FS INTIPER
  4. masukkan UID target anda ke dalam form di FS INTIPER
    adress UID
  5. tekan GO-GO-GO
  6. there you Go! gambar yang profile nya private kini muncul depan anda.

tutorial di atas hanya untuk melihat gambar di private profile bukan untuk melihat private photo. harap maklum.

benda ini hanya sementara sahaja. selepas friendster update mungkin cara ini tak boleh dipakai lagi.

Selamat mencuba!

2 comments

  1. itu senang aje.. cari kat profile orang tu ade tulis Request Private Photos Access haa.. click je perkataan tu.

    kehkehkeh.

    takde cara lagi disebabkan link private photo picture telah di encrypt ntah encryption ape tah fs pakai maka amat susah untuk decrypt balik link gambar tersebut. harap maklum

    ReplyDelete
  2. ada cara baru. skrg ni pukul 10 pagi 8 September 2009, dan aku masih berjaya guna teknik tu..

    lawat aje http://frenster.yolasite.com
    utk keterangan lanjut.

    ReplyDelete