Offline Gmail terbaru dari Google

29 January 2009

Mungkin anda tertanya² apakah Offline Gmail ni? sebenarnya ini adalah fungsi terbaru dari Gmail Labs di mana anda boleh membaca e-mail anda walaupun anda offline. terkejut bukan? tapi itulah hakikat nya teknologi yang telah dibangunkan oleh Google.

sememangnya ia tidak perfect lagi disebabkan ianya masih dalam experimental. tetapi ramai yang menyukainya berdasarkan feedback yang diterima oleh Google menyatakan bahawa offline Gmail ini sangat membantu mereka sekiranya selalu mengalami internet connection yang terputus-putus atau pun internet connection yang terlampau perlahan atau slow. biasanya jika ini terjadi di bahagian atas Gmail akan tulis 'still working..' apabila loading nya mengambil masa yang lama. akhirnya connection lost.

Petikan daripada Official Gmail Blog.
Once you turn on this feature, Gmail uses Gears to download a local cache of your mail. As long as you’re connected to the network, that cache is synchronized with Gmail’s servers. When you lose your connection, Gmail automatically switches to offline mode, and uses the data stored on your computer’s hard drive instead of the information sent across the network.

menurut Gmail Labs cara ianya berfungsi adalah dengan Google Gears. dimana ia akan download dan cache kan semua email anda ke dalam hardisk komputer anda. ianya mempunyai fungsi automatik tukar mode offline jika internet connection terputus dan online bila connection ade balik.

semasa dalam offline mode anda boleh buat semuanya seperti anda online. contohnya: anda boleh membaca, padam, label, dan 'star'kan email anda. malah bukan itu sahaja anda jugak boleh compose email dah terus hantar semasa offline. macam mane tu? sebenarnya email tersebut akan queue untuk dihantar sementara menunggu connection internet ade balik.

ciri ini tidak akan membebankan anda untuk manually send email apabila connection internet ade balik. ia jugak tidak membazirkan masa anda menunggu connection bersambung balik untuk menghantar email. ianya akan dilakukan secara outomatik.

Cara Mengaktifkan Fungsi ini

  1. Login ke Gmail kemudian pergi ke settings dan kemudian klik Labs tab.
  2. Scroll ke bawah sehinga anda menjumpai Offline Google di sebelah kanannya klik Enable di radio button.
  3. Klik Save Changes.
  4. Selepas anda refresh browser window anda, anda akan nampak perkataan "Offline0.1" dibahagian atas belah kanan betul-betul disebelah username anda. klik link ini untuk set up process dan download Gears jika anda tidak pernah menginstall Gears lagi di komputer anda.

3 comments

  1. bagus aku buat gak satu akaun gmail kalau cam ni

    ReplyDelete
  2. lor.. tak de account gmail lagi ke? huhu

    ReplyDelete
  3. oh..bru tau psl ni.
    bgus la blog ni. byk info gk :)

    ReplyDelete