Amaran dan Peringatan kepada yang memboikot!

31 January 2009

Percaya atau tidak, boikot kita sudah semakin berhasil! Baru-baru ini sebuah syarikat produk yang diboikot melahirkan kebimbangan kesan dari boikot ini, yang menurutnya turut menyebabkan kerugian umat Islam sendiri. dari sudut positifnya, kebimbangan yang diluahkan membuktikan bahawa kedudukan syarikat tersebut adalah vulnerable @ boleh digugat dengan boikot ini! ternyata sesiapa yang mengatakan boikot ini adalah usaha remeh, tidak ada kesan dan sebagainya, pernyataan tersebut adalah silap sama sekali! kini bukti sudah berada di depan mata. apa lagi yang hendak ditunggu?

memetik ulasan Ustaz Zaharudin (UZAR) , artikelnya mengenai situasi Amerika dan Britain sekarang. khabarnya, Amerika sekarang sudah semakin sakit! sedangkan rakyatnya sendiri ramai yang anti-peperangan, ramai yang kehilangan kerja akibat masalah ekonomi.

Rakyat Amerika yang kehilangan kerja semakin ramai. Obama sedang pening kepala masa plannya untuk USA, Bush bukan main seronok dengan Yahudinya.(sumber)

Jualan kereta di US pula kini diratah serangan virus kegawatan ekonomi apabila jualannya jatuh paling teruk sejak 1992. Jualan di pasaran Detroit Three jatuh 50 % buat pertama kalinya. Chrysler pula rugi dengan kejatuhan jualan sebanyak 53 % ,manakala jualan Toyota, Honda, GM dan Ford jatuh 31 ke 37 peratus. (sumber)


Obama sibuk menyusun perancangan untuk negaranya di masa depan, Bush pula sibuk menghabiskan duit kerajaan menyumbang kepada Palestin! Britain juga sedemikian, semakin parah! Nilai pound sterling semakin merundum jatuh, hinggakan ada kebarangkalian mencecah/lebih rendah dari nilai Euro!

Boikot adalah tidak mustahil! Boikot adalah sebuah langkah yang berkesan!

Kesan Negatif


Namun, dalam keadaan ini kesan-kesan negatif kepada boikot juga wujud. rakan-rakan Muslim kita yang bekerja di syarikat-syarikat tersebut atas dasar mencari pendapat, turut menerima kesan. kongkongan yang diberikan kepada rakyat/masyarakat melalui boikot, pasti akan menghasilkan perasaan memberontak dalam diri sebahagian yang lain. kesan-kesan ini tidak boleh kita abaikan, sebaliknya kita kena sama-sama memikirkan penyelesaian bagi mengatasi kesan-kesan ini. setelah aku buat sedikit kajian dan pembacaan, berikut adalah hasilnya:

Pertama — Berikan alternatif bagi barang-barang yang diboikot! dalam boikot, kita menghalang seseorang/masyarakat membeli barang-barang yang mereka biasa beli. justeru, kita mestilah menawarkan alternatif yang setimpal bagi barang-barang tersebut. jawapannya adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu Produk Muslim. oleh itu, marilah para Muslimin! kita hasilkan produk kita sendiri yang setaraf dengan produk-produk mereka, serta kita berikan sokongan kepada usahawan² Muslim yang sedia ada. inilah masanya untuk mengeluarkan produk-produk yang setanding dengan mereka.

Kedua — usahawan/tokey2 muslim haruslah memainkan peranan MENGGAJI pekerja-pekerja muslim yang berhenti/dipecat dari syarikat² produk² yang diboikot tersebut. ramai rakan-rakan seagama kita yang bekerja dengan syarikat² tersebut, kini berada di dalam dilema : hendak berhenti, nafkah anak dan bini perlu dijaga. hendak diteruskan, risau bersubahat. ramai mudah sahaja menuding jari kepada mereka — "ala, banyak lagi kerja lain." dengan kata-kata sinis dan sebagainya, tanpa sedikit pun rasa husnul-zhon kepada mereka. di mana keprihatinan kita, adakah dengan menzahirkan kebencian kita kepada Israel, kita turut sama kehilangan sifat prihatin sesama muslim?

justeru, saya mencadangkan, agar kita sama-sama memberikan bantuan kepada mereka, dalam usaha menjaga kebajikan mereka terutamanya yang menerima kesan langsung dari pemboikotan ini. seruan saya ditujukan khas kepada majikan-majikan muslim, pemilik kedai-kedai makanan muslim, pemilik kedai² runcit, pemilik syarikat² bumiputra dan sebagainya. berikan bantuan kepada saudara-saudara anda yang sedang berjihad tersebut!

Ketiga — terus-terusan memberi bantuan dari segenap perspektif kepada rakan-rakan yang baru nak memboikot @ yang semakin mempunyai kesedaran untuk memboikot. antara bantuan yang penting termasuklah bantuan dari sudut motivasi. contohnya, kita sebarkan lagi maklumat bahawa syarikat sekian² sedang mengalami kerugian, ini menunjukkan boikot kita mula menampakkan hasil. ini menjadi motivasi kepada mereka yang baru nak memboikot atau sedang memboikot, untuk terus memboikot. sertakan bersama, apa faedah boikot kepada orang-orang yang memboikot. Bagi mereka yang mempunyai autoriti, berikan insentif kepada mereka yang memboikot.

jangan tak percaya, bantuan kewangan juga boleh diberikan. saya ade terbaca satu cerita daripada rakan-rakan blogger kita di blog nya, dia hendak membeli satu produk Israel kerana produk itu lebih murah dari alternatif lain yang ada. seorang rakannya ini tanpa berfikir panjang terus je cakap — "Engkau jangan beli produk Israel ni. aku tambah duit engkau sikit, engkau ambil produk tempatan tu." tindakan sahabatnya yang sanggup mengorbankan wangnya sendiri demi menyelamatkan rakannya dari bersubahat dengan produk Israel, menimbulkan kesedaran kepada dia, dan alhamdulillah dia akhirnya istiqamah dalam boikot!

maka, kita semua kena mainkan peranan. Jangan kita lepas tangan setelah boikot kita berjalan. kita kena bantu orang yang "berjihad" melalui boikot ini, sebab bukan senang nak memboikot ni. banyak dugaan, hasutan, pujukan, ajakan, rayuan, godaan dan sebagainya lagi yang membuatkan boikot ni begitu susah. tambah2 pula apabila kita yang sibuk mempromosi boikot ini mengambil sikap lepas tangan, lagi lah kecewa rakan kita yang baru nak start memboikot tu.

Ambil Kesempatan!


Dan yang paling penting, ambil kesempatan yang ada ini untuk menyebarkan kefahaman Islam dengan cara yang paling baik. boikot merupakan satu isu yang universal : isu ekonomi, isu sosial, isu Islam dan sebagainya, serta melibatkan segenap kelompok masyarakat — liberal mahupun konservatif, yang belum-muslim mahupun muslim. semakin ramai anak muda Malaysia membuka mata mengenai isu ini, kerana isu ini berkait rapat dengan diri mereka.

Pakcik, kenapa tak jual Coca-Cola? Ooo..sebab CC kena boikot. Kenapa kena boikot? Oo..sebab produk menyumbang kepada Israel. Siapa itu Israel? Oo..musuh Islam yang menyerang Palestin. Palestin itu siapa pula? Ooo..saudara2 kita di Timur Tengah. Apa yang penting pasal Palestin tu? Ooo..kat situ ada masjid ketiga paling mulia dalam sejarah Islam. Apa yang best pasal masjid tu? Ooo..tu masjid yang Rasulullah singgah semasa Isra’ Mi’raj. Apa pula Isra’ dan Mi’raj tu? etc etc — dioalog pembeli dengan peniaga


semakin banyak persoalan akan timbul dalam diri setiap anggota masyarakat. isu boikot ini adalah bagaikan satu ketul batu yang dicampakkan dalam kolam. bukan setakat riaknya akan tersebar ke seluruh permukaan. dasar kolam yang mendap itu juga akan turut naik ke atas.

Apa peranan kita? kita jangan berhenti sekadar memberikan arahan, tetapi kita mestilah bersedia memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan yang akan timbul. Jangan kita jemu memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan ini, walau seremeh manapun. tibalah masa untuk kita belajar lebih banyak perkara mengenai agama kita, dan mengajarkannya pula kepada yang lain. tanggungjawab kita tidak akan berhenti setakat boikot sahaja. boikot adalah permulaan kepada tanggungjawab-tanggungjawab kita yang lain.

tapi ingat, boikot sahaja adalah tidak mencukupi. maksimumkan strategi kita. siapa tahu, peristiwa yang sedang berlaku sekarang ini, merupakan titik tolak kepada kelahiran Salahuddin Al-Ayyubi kedua 10, 50 atau 100 tahun lagi, sekaligus mengembalikan kegemilangan Islam di masa hadapan.

Persoalannya — adakah anda ingin menjadi sebahagian dari kegemilangan tersebut, atau cuma sekadar "watak tambahan" yang tiada apa² kepentingan?

8 comments

  1. tulah kesian jugak pada yg kena berhenti kerja..harap2 ada rezeki diorang di tempat lain

    ReplyDelete
  2. kalau mampu elak... baik jgn beli produk diorang ler...

    ReplyDelete
  3. salam.. datang ambik follower award yer.. thanks..

    ReplyDelete
  4. nice post bro.. mata yang terbukak kecik, dah jadik terbukak luas.. :)

    ReplyDelete
  5. actually, 2hari aku tulis benda ni. huhuhu

    ReplyDelete
  6. sapa yg dah berhenti.mai kerja kat offis aku
    ada kerja kosong

    ReplyDelete
  7. umm..boikot semua brg pun jenuh gak...rata sumua sekutu as dan yahudi punya barangan...dari makanan,pakaian hinggalah komponen keselamatan negara..bayangkan byk mana kena boikit...buleh lumpuh negara klu boikot sumua....tapi yang seelok-eloknya mana yang termampu dan kurang mudarat...

    ReplyDelete
  8. salam ziarah..datang melawat blog saya, http://akhtarusabili.blogspot.com/

    ReplyDelete