Adakah kita seorang pemaaf?

02 January 2009

Persoalan ini kita tinggalkan seketika. kerana anda yang akan jawab sendiri soalan itu. kerana kali ini Musafir Cyber ingin membawakan satu kisah untuk anda bermuhasabah diri anda.

ikuti cerita di bawah. mudah-mudahan ianya dapat dijadikan iktibar.
Seorang Guru taman kanak-kanak telah mengadakan satu "permainan". Si Guru telah menyuruh tiap-tiap anak muridnya membawa satu beg plastik transparen bersama dengan beberapa biji kentang. Kentang-kentang tersebut akan di beri nama berdasarkan nama orang-orang yang dibenci, jumlah kentangnya tidak ditentukan berapa...bergantung jumlah orang-orang yang dibenci.

Pada hari yang tersebut masing-masing murid membawa kentang dalam beg plastik. Ada yang berjumlah 2, ada yang 3 bahkan ada yang 5. Sepertimana perintah si guru mereka, tiap-tiap kentang di beri nama dengan nama-nama orang yang dibenci. Seterusnya murid-murid dikehendaki membawa beg plastik berisi kentang tersebut kemana saja mereka pergi, bahkan ke toilet sekalipun, selama 1 minggu.

Hari berganti hari, kentang-kentang pun mula menjadi busuk, murid-murid mulai mengeluh, apalagi yang membawa 5 buah kentang, selain berat dan baunya juga tidak menyenangkan.

Setelah satu minggu murid-murid tersebut merasa lega karena penderitaan mereka akan segera berakhir. Si Guru bertanya, "Bagaimana rasanya membawa kentang-kentang tersebut selama 1 minggu?".

Keluarlah keluhan dan rungutan dari murid-murid tersebut, secara umumnya semua tidak senang dan selesa ketika membawa kentang-kentang busuk tersebut terutamanya ke mana sahaja mereka pergi. Si Guru pun menjelaskan apa erti dari "permainan" yang mereka jalankan. Si Guru berkata, "Seperti itulah kebencian yang selalu kita bawa-bawa apabila kita tidak dapat memaafkan orang lain. Busuk dan tidak menyenangkan kerana membawa kentang busuk tersebut kemana saja kita pergi. Itu baru hanya satu minggu. Bagaimana jika kita membawa (kentang-kentang busuk) kebencian itu seumur hidup? Alangkah tidak menyenangkan dan tersiksanya…"

sama-sama kita bermuhasabah diri. hilangkan rasa kebencian dalam diri kita. mudah-mudahan Allah meredhai dan merahmati kita. Amin…

12 comments

  1. menginsafi diri..

    ReplyDelete
  2. Hilangkan kebencian dengan memberi kemaafan...

    p/s salam kenal. terimakasih kerana mengunjungi dan menjadi follower blog Kak Tirana

    ReplyDelete
  3. betul tu..kebencian tak menolong langsung..

    ReplyDelete
  4. Sedangkan nabi ampunkan ummat.. apatah lagi kita insan yang kerdil ini. sama-sama menghapuskan kebencian dalam diri kita. mudah-mudahan mendapat redha-Nya

    ReplyDelete
  5. betol tu KE... :)
    kita sendiri pun xputus2 menadah tangan pada Yang Maha Esa mengharapkan keampunan dariNya... apalah rasionalnya kita utk menghukum dan tidak memaafkan orang lain...

    ReplyDelete
  6. thnx kerana suruh sy bc artikal ini~~

    ReplyDelete
  7. hmmm kadang2 kita tau pasal ni tapi sebab kurang penghayatan kita sendiri lupa macam mana nak memaafkan org...sebab tu bila ada orang buat salah kat kita sewenang-wenangnya kita benci dia dan tak mahu maafkan dia...betul tak?

    ReplyDelete
  8. betul tu. di sebab kan bila kita marah kita tak dapat berfikir dengan betul. sebab itu kita akan cakap kita tak mahu maafkan dia. tapi bila kita dah tak marah lagi cuba kita fikir balik. fikir betul-betul adakah betul tindakan kita?

    ReplyDelete
  9. lebih baik kita memaafkan dan meminta maaf...sebab kita takkan peroleh hidayah dariNya kalau kita tidak melakukan keduanya...adam pernah tak benci pada sesiapa? atau taknak maafkan sesiapa?

    ReplyDelete
  10. pernah benci. tapi sekejap je. bila marah tu dah takde benci pun pergi bersama-sama marah. tak pernah tak maafkan org. walau apa pun orang buat tetap akan maafkan.

    ReplyDelete
  11. camne kata nak buat kalu kte dah minta maaf tp org 2 still xckp ape...n kte dah mengaku kesalahn kte..

    ReplyDelete