Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya (doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan Pondok Madrasah Khairiah Islamiah diPokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.
Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40 tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.
Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Mayatnya nampak sekerat badan sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah. Rupanya macam baru ditanam semalam dan daging danmuscle-muscle tangan dan kaki masih macam fresh lagi.
Disebabkan malam sebelum tu hujan lebat, kain kapan mayat basah dan melekat di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan. Kain kapannya pun tak reput langsung cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek. Hinggakan kain bantal kepala yang diisi dengan tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya yang dilapik dengan bantal tanah.
Mayat arwah disimpan tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain biasa sahaja, nothing special or expensive.
Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti? Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.
Sama-sama kita mengambil iktibar.
wallahua'lam
masya allah..terkedu.takot.
ReplyDeleteuntuk renungan dan diambil iktibar :)
ReplyDelete