Blog page loading time

28 December 2008

Kenapa penting sangat blog page loading time? anda mugkin dah biasakan dengan blog yang page loadingnya begitu lama. kadang² dah dua tiga kali refresh pun tak kluar² lagi page nya. jika anda tak mahu perkara tersebut terjadi kepada blog anda, sila teruskan membaca. jika anda fikir 'its okay' pembaca setia anda akan tetap sabar menunggu. boleh terus tinggalkan komen

Kepentingan minimizekan masa loading page blog

pertama: tak kehilangan reader. bagi pembaca yang tak suka tunggu lama² mereka akan terus tutup browser window. sayang kehilangan sorang reader. ni baru satu kan? kalau jadi lagi kat next reader, lagi 10 ke lagi 100 macam mane? tak ke sunyi blog tanpa pembaca.

kedua : tak semua pengguna internet mempunyai connection internet yang laju. walaupun sekarang dunia broadband data transfer dah semakin laju, namun bukan semua pengguna internet mempunyai internet connection yang laju. mungkin masalah connection atau masih lagi menggunakan dial-up.

ketiga : menyebabkan reader bosan menunggu loading page lama sangat content tak kluar² pun lagi. lama² jadi fed-up tak mau dah melawat blog anda. good bye your site.

so, di sini ade beberape tip untuk anda bagi mengoptimize kan page loading time. harap tip ini dapat membantu anda mengetahui mengapa blog anda berat sangat dan mengambil masa yang lama untuk load sepenuhnya. kadang² tu page anda tidak abes loading.

Tip mengurangkan masa loading blog

pertama : semakin banyak widget di sidebar anda makin berat blog anda. makin lama page loading. solution, buang widget yang tak penting.

kedua : content lambat kluar. solution, letakkan sidebar disebelah kanan. sidebar sebelah kiri hanya melambatkan loading content. sepatutnya content muncul dahulu. reader bukan nak baca sidebar anda.

ketiga : background. elakkan dari menggunakan gambar yang besar sebagai background. gunakan color sahaja. jika ingin guna jugak pastikan anda set backgroud color warnanya hampir sama dengan background picture. jangan letak background color yg sama dengan font.

keempat : terlalu banyak post. setkan bilangan yang sedikit untuk display post dalam satu page. bilangan post yang banyak hanya menambahkan masa page loading.

kelima : kurangkan saiz gambar sebelum upload. tapi kalau yang upload gambar melalui blogger tak de hal nya sebab bila upload. Picasa Web Album akan optimizekan saiz gambar tu.

keenam : kalau page anda tak crowded okay.. kejap je nak loading. yang buat jadi lama sebab banyak sangat benda yang perlu di load.

tetapi perlu diingat semua ni tak penting jika semua pembaca anda mempunyai connection internet yang laju.

3 comments

  1. thanks for the information.ade org aja dgn minimisekan css file,tp hampeh aa sye tak paam..hoho..dah bnyk dah widget buang..syg pun syg..huuuu..tp demi visitor,sggup aa..acececeh..

    ReplyDelete
  2. minimisekan css? boleh gak tu. tapi effect dia sikit sangat so, kita boleh abaikan.

    effect yang paling kuat widget yang memerlukan dia loading content dari URL laen. tambah-tambah bila widget tu free dan ramai org pakai. trafic server tu mesti heavy. sebab tu page loading jadi lambat.

    ReplyDelete
  3. Owww...cube cek blog aku...laju tak...kalau tak, nak modified sket...ehehe

    ReplyDelete