KAMI the movie

10 October 2008

Hidup ini memang palat. tapi esok masih ada.. itulah kata-kata atau tagline filem KAMI. Semalam aku baru je lepas tengok cite ni. walaupun dah seminggu kuar kat wayang aku tetap nak tengok jugak bagi orang macam aku yang telah layan siri Episod cite KAMI 1-8 yang disiarkan kat 8tv.


REVIEW dari KE
Cerita ni bagi aku kalau nak tengok cite ni perlu tengok siri drama cita KAMI 1-8 dahulu. Pada awal 30-45minit cita ni agak bosan gak la sebab time ni adalah masa pengenalan kepada watak² cita kami. Tapi aku rasa bagus gak la pengarah cita ni kuar kan dahulu mini series 8 episod kat 8tv. mungkin 45 minit pengenalan watak tak cukup . aku rasa time tu jelah cite ni bosan sket sket lepas tu bila dah start konflik cite ni dah jadi semakin menarik sampai lah abes di mana endingnya amatlah mengejutkan.

KAMI mengisahkan kehidupan 5 sahabat Ali, Lyn, Abu, Adii, dan Sofie. dimana masing mempunyai conflik yang berbeza. Tapi mereka mempunyai minat yang sama iaitu indie music dan tengok Gigs.

Plot cite ni amatlah menarik walaupun banyak kebetulan yang di sengajakan dimana keseluruhan cita ni berkisar tentang 5 sahabat ini. Tapi tak mengapa memang cite ni pun tentang 5 sahabat.

Rahsia! tema penting yang buatkan plot cite ni menarik. Persoalan yang di ketengahkan dalam cita ni. 5 sahabat.. 1 rahsia.. mungkinkah rahsia mengubah segalanya..? Setiap orang menpunyai rahsia tapi adakah dengan berahsia dapat mengubah segalanya. Ali, Lynn, Abu, Adii dan Sofie semuanya mempunyai rahsia tersendiri dimana keseluruhan cerita ini diolah daripada rahsia tersebut.

Bagi aku menonton filem ini adalah seperti menonton kisah hidup sendiri. Ianya refleks kehidupan aku.

Apa pun pergi lah tengok KAMI best! tak rugi. jangan lupa sedia kan tisu banyak².

1 comment