Mouse middle click

16 September 2008

Ramai orang tak tahu bahawa mouse yang kita guna hari² dok surf internet dia punya scroller tu boleh click. bukan kegunaan tuk scroll je.

So, bila dah boleh klik mesti orang tertanya² pulak.. kalau dah boleh klik macam mane nak guna. kalau left click atau clik biasa tu tau la. sama jugak macam right click atau klik kanan. tapi macam mane pulak middle click atau klik tengah?


Sekarang kebanyakkan browser menggunakan tab. maksudnya anda tak perlu bukak banyak² window tuk surf internet. anda hanya perlu bukak satu window dan bukak window yang laen dalam tab. Mozilla Firefox adalah contoh tab browser. Tiada lagi banyak² window open kat task bar anda.

Kegunaan pertama middle click: Open link in new tab.
fungsi pertama bila anda ingin buka link baru dalam tab yang baru anda tak perlu right click lepas tu pilih open in new tab. middle click atau klik tengah dah mencukupi. ini browser akan buka link yang anda klik tengah dalam tab yang baru. fungsi ini disokong oleh semua browser yang mempunyai tab tak kira sama ada anda pakai Mozilla Firefox, IE7, Opera, Safari dan browser² yang laen.

Kegunaan kedua middle click: Close tab.
fungsi kedua pulak ialah bila ada mahu menutup tab. katakan lah anda sudah tidak mahu tab yang anda buka itu. anda tak perlu right click kat tersebut kemudian pilih close tab. ape yang anda perlu buat ialah bawa mouse kat tab yang hendak ditutup tu. kemudian middle click. sekelip mata tab tu akan hilang (ditutup).

petua² ini akan menjimatkan masa anda melayari internet. sekian. Selamat mencuba.

4 comments

  1. thanks bro.. info yang berguna. nanti bagi lagi.. cool

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Sama² nanti la aku post lagi.

    ReplyDelete
  3. aku bleh tau scroller tu bleh click bila belajar solidwork maa..

    ReplyDelete