Kisah Seorang Bapa, Seorang Anak dan Seekor Keldai

30 June 2008

Pada suatu hari, si bapa, anaknya dan si keldai keluar ke bazar untuk membeli sesuatu. Bazar atau disesetengah tempat dipangil shouk, adalah sama seperti shopping complex pada zaman ICT. Cuma deretan kedai-kedainya tidaklah sehebat shopping complex sekarang.

Si bapa mengendari keldai itu dengan memegang talinya. Si anak pula duduk di atas keldai dan mereka pun memasuki kawasan bazar.

Maka terdengarlah oleh si bapa komen beberapa orang yang melihat si anak duduk di atas keldai.

"Apa budak ni, patutnya bapa dia yang naik. Dibiarkan bapa yang sudah tua berjalan, dia pula yang bersenang-lenang atas keldai. Tak patut betul."

Maka si bapa pun memberitahu apa yang didengarnya kepada si anak. Lalu mereka bertukar tempat. Si bapa menunggang keldai dan si anak mengendari talinya.

Setelah berjalan hanya beberapa langkah, lalu kedengaran lagi komen daripada beberapa orang di tepi jalan.

"Apalah orang tua ni. Dia syok-syok di atas keldai, anaknya dibiarkan berjalan kaki. Buat aniaya budak saja."

Maka gundah gelanalah si bapa mendengar komen tersebut. Lalu dia turun daripada keldai dan berjalan di sisi anaknya. Sama-samalah mereka mengendari keldai itu tanpa sesiapa pun menaikinya.

Setelah berjalan beberapa langkah lagi, kedengaran lagi komen daripada orang-orang di tepi jalan.

"Apalah orang tua dan budak ni. Ada keldai heret saja. Bahlul betul… lebih baik tak usah bawa keldai, menyusahkan diri sahaja."

Betul juga apa yang mereka cakap, fikir si bapa apabila mendengar komen tersebut. Lalu dia mengambil keputusan menunggang keldai itu berdua bersama anaknya.

Terhangguk-hangguklah si keldai membawa beban yang sangat berat.

Melihat keldai letih terhangguk-hangguk membawa si bapa dan anaknya, orang lain di tepi jalan meluahkan kemarahan.

"Apalah awak ni, menyiksa binatang aje. Manalah larat keldai ini bawa dua orang!"

Alkisah demikian cerita yang masyhur itu.

MORAL: Keldai memang bodoh, tapi kadang kala ada juga manusia yang berfikir seperti keldai.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment