Kisah seekor katak yang gigih

01 June 2008

Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil yang berlumba-lumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberikan semangat kepada para peserta.

Perlumbaan pun dimulakan. Secara jujurnya, tiada satu pun penonton benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan boleh berjaya mencapai puncak menara.

Terdengar ada yang berkata : "Oh, jalannya terlalu susahhhhh!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak."

atau : "Tidak ada kesempatan untuk berjaya...Menaranya terlalu tinggi...!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu, kecuali mereka yang tetap bersemangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi.

Penonton terus bersorak. "Terlalu susah!!! Tak seorangpun yang akan berjaya!!!".Lebih banyak lagi katak kecil penat dan menyerah. Tapi ada SATU yang tetap melangkah hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tak mahu menyerah kalah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang begitu berusaha keras dan menjadi satu-satunya yang berjaya sampai ke puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berjaya itu mempunyai kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Pengajaran daripada cerita ini adalah
Jangan sesekali mendengar kata orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis kerana mereka akan mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalulah fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca boleh mempengaruhi perilakumu!

Kerana itu : Selalulah tetap POSITIVE!

Dan yang terpenting : Bersikap TULI jika ada orang mengatakan bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!

Selalulah berfikir : I can do this!

1 comment

  1. hidup perlu semangat yang kental.. lakukan yg terbaik untuk kejayaan diri

    ReplyDelete