Gajah duduk

17 November 2007

Pada suatu hari, seorang raja yang mempunyai seorang puteri yang sangat cantik, ingin mencari seseorang untuk dikahwinkan dengan anaknya. Maka raja tersebut membuat satu pertandingan kepada semua rakyat-rakyat nya.

Pada keesokan harinya, beliau telah memanggil semua rakyat untuk berkumpul dihadapannya. Orang ramai berasa pelik melihat seekor gajah yang besar berada di hadapan mereka. Maka raja tersebut berkata

"Barang sesiapa yang dapat membuat gajah ini terduduk walau dengan apa cara sekalipun, orang itu akan dapat berkahwin dengan puteri kesayangan beta".

Maka dengan itu, seorang semi seorang mencuba nasib untuk mendudukkan gajah tersebut. Cara demi cara mereka yang mereka lakukan tetapi masih tidak dapat mendudukkan gajah tersebut. Tiba-tiba seorang pemuda yang berbadan kurus tampil untuk mencuba nasib mendudukkan gajah tersebut. Pemuda tersebut tidak membuangkan masa, dia berdiri di belakang gajah itu. Dengan berbekalkan sebuah lastik ditangannya beliau melastik telur gajah tersebut. Gajah itu pun menggelupur dan meraung kesakitan lalu terus terduduk. Raja tersebut tergamam melihat kebijaksanaan pemuda tersebut. Raja itu berkata

"Bagus!! Kamu sungguh bijaksana".

Raja tersebut skali lagi ingin menguji kebijaksanaan pemuda tersebut, lalu beliau terfikir satu idea.

"kalau betul kamu adalah seorang yang bijaksana, beta mahu kamu gelengkan kepala gajah tersebut". kata raja itu.

Pemuda itu berfikir sejenak dan mendapat satu cara. Pemuda itu mendekati gajah tersebut lalu berbisik di telinga gajah itu, dengan pantas gajah itu menggeleng. Raja itu berkata

"Beta tak sangka kamu memang sungguh bijak. Dengan ini, kamu layak berkahwin dengan puteri beta".

Beberapa minit kemudian, raja tersebut bertemu dengan pemuda tersebut dan bertanyakan apa yang pemuda itu bisikkan di telinga gajah tersebut. Pemuda itu dengan tenang menjawap "Kau nak aku lastik telur kau lagi tak?" Raja itu terus ketawa.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment