Jimatkan Elektrik!

18 December 2010

Membeli produk yang cekap tenaga patut diberi perhatian. Kecekapan penggunaan tenaga dapat dicapai apabila sesuatu peralatan menggunakan tenaga elektrik secara cekap dan memastikan tenaga yang digunakan rendahuntuk operasi produk tersebut.

Sesetengah daripada kita beranggapan bahawa penjimatan tenaga tidak dapat dicapai melalui peralatan elektrik yang kecil. Tanggapan ini adalah salah. Sebagai contoh, mentol jimat tenaga lebih menjimatkan dan mempunyai jangka hayat lebih panjang berbanding mentol kalimantang.

Sesetengah peralatan cekap tenaga mempunyai jangka hayat yang panjang. Kita bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga, malah dapat menggunakan produk ini untuk masa yang lebih panjang.

Sebagai contoh:

Bandingkan satu penyaman udara dengan 1 kuasa kuda menggunakan 1,200W tenaga elektrik untuk operasi dan satu lagi penyaman udara 20% cekap tenaga menggunakan 960W tenaga elektrik untuk beroperasi.

Bil elektrik setahun seperti berikut:

Penyaman biasa = 1.2 kW x 365 hari x 7 jam x RM 0.25 (kadar per kWj) = RM766.50
Penyaman cekap tenaga = 0.96 kW x 365 hari x 7 jam x RM 0.25 (kadar per kWj) = RM613.20

Pengiraan ringkas ini menunjukkan setiap tahun kita dapat menjimat bil elektrik sebanyak RM153.30. Jika ditambah dengan jumlah penduduk Malaysia yang mempunyai penyaman udara, penjimatan itu lebih tinggi. Bahan api yang digunakan dapat dijimatkan bila tenaga elektrik kurang digunakan.

Pada masa yang sama, periksa label dan janji produk yang disebarkan melalui iklan atau ejen kerana ada juga produk yang tidak berfungsi seperti dijanjikan. Kiraan ringkas di rumah juga dapat membantu kita mengetahui anggaran bil elektrik bulanan.

Di pasaran, terdapat tenaga produk alternatif iaitu tenaga suria. Peralatan ini mempunyai sel suria yang membolehkan penggunaan tenaga bersih serta percuma. Setiap Watts yang dijimat boleh menyelamatkan masa depan.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment