Bahaya Penggunaan Plastik dan Gabus

22 October 2012

Plastik dan gabus digunakan sebagai bahan kemasan pembungkusan makanan. Namun begitu kedua-dua produk ini juga mengandungi bahan yang membahayakan kesihatan tubuh. Salah satu penyakit yang boleh disebabkan oleh kesan sampingan ini ialah kanser.

Tanpa memikirkan tentang risikonya terhadap kesihatan, kemasan makanan daripada bahan plastik mahupun styrofoam sudah pasti menjdai pilihan utama kerana ia lebih praktikal, ringan, dan boleh digunakan berulang kali. Tetapi kedua-dua jenis bahan ini dihasilkan daripada bahan yang dekenali sebagai dioctyl phthalate (DOP) yang menghasilkan zat benzen, suatu larutan kimia yang tidak boleh dihadamkan oleh sistem pencernaan.

Benzen juga tidak boleh dikeluarkan melaui feses (kotoran) atau air kencing. Akibatnya, zat ini semakin lama semakin terkumpul dan membentuk lemak. Inilah yang akhirnya menyebabkan berlaku gejala penyakit kanser.


Kajian yang dilakukan mendapati kandungan bahan yang terdapat dalam bekas plastik boleh mencemarkan makanan. Bekas plastik apabila terkena suhu yang tinggi, pewarna yang digunakan pada bekas plastik tersebut akan meresap ke dalam makanan. Apabila sesuatu makanan yang baru digoreng diletakkan di dalam bekas plastik, suhu minyak yang tinggi akan menghasilkan kolesterol atau lemak tepu yang tinggi. Tanbah pula, bekas pplastik ini mengandungi DOP serta logam berat zink yang biasanya digunakan sebagai bahan penstabilan untuk plastik.

DOP memang digunakan secara meluas dalam penghasilan plastik. Penggunaan DOP dalam industri PVC mencapai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah bahan yang digunakan di dalam polimer untuk menambahkan fleksibiliti dan daya kestabilannya.

Selain efisyen, DOP juga memberikan kelikatan yang stabil pada pVC. Selain itu, penggunaan DOP, khususnya pada pembungkusan makanan dan ubat-ubatan atau barang mainan kanak-kanak juga menimbulkan masalah. Kesan penyerapan bahan daripada PVC ke dalam tubuh turut menggugat kesihatan manusia.

Stirofom juga masih tergolong sebagai plastik. Ia bersifat reaktif kepada suhu tinggi. Selain itu, bahan asas stirofom bersifat larut lemak dan alkohol. Oleh itu ia tidak sesuai sebagai tempat simpanan susu yang mengandungi lemak tinggi dan kopi yang dicampurkan dengan krim.
Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment