Petua Orang Lama: Mengempiskan Perut

16 January 2007

Pelbagai kaedah dan cara telah digunakan. tetapi tidak mendatangkan hasil. pil kurus semua ade side effect. kadang-kadang tu rasa tak serasi. muntah-muntah la dan sebagainya..

ikuti dua cara di bawah ini:-

Cara Pertama


Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

Cara Kedua


Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Comments
0 Comments

No comments :

Post a Comment