Ungkap seribu satu rahsia mimpi

10 October 2006

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.

“Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan solat” (HR. Muttafqu’alaih)

Muhasabah diri menjelang tidur.
Seorang muslim hendaknya selalu bermuhasabah diri menjelang tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat.

segera tidur tidak berlengah-lengah serta disunahkan berwundhu terlebih dulu sebelum tidur serta mengiring ke samping kanan ketika tidur. menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan.

“Jika engkau hendak menggunkana tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”. (HR. Muttaqun’alaih)

dimakruhkan tidur dengan tertelungkup (berselimut habis),

“Tidur tetelungkup itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)

membaca ayat kursi dan akhir surat Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas. membaca doa-doa yang diajari oleh Rasul.

“rahsia mimpi ini adalah tafsiran dan ramalan sahaja. anda dinasihatkan untuk tidak mempercayainya 100%. semua qada & qadar adalah disisi Tuhan Yang Maha Esa.”

terdapat 1001 mimpi yang telah ditafsirkan. bagi memudahkan anda saya telah memecahkan 1001 tadi kepada 10 bahagian. ikuti bahagian-bahagiannya:—

1 comment

  1. saya bermimpi, istri saya melahirkan anak laki-laki

    ReplyDelete