Khasiat dan Kebaikan Susu Ibu

30 June 2014

Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.

Susu Ibu Menguntungkan Wanita

27 June 2014

Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.

Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser payudara dan juga ovari.

Pengaruh Kafien Terhadap Tekanan Darah

20 June 2014

Kafein merupakan sebatian xantin semulajadi yang boleh ditemui dalam teh, kopi, kacang dan banyak tanaman lain. Kandungan ini terkenal untuk merangsang otak dan meningkatkan kewaspadaan mental, selain itu banyak penyelidikan yang menunjukkan pengaruhnya pada tekanan darah.