Fenomena sahutan azan di seluruh dunia

11 May 2010

Antara tanda-tanda kiamat, tiada lagi laungan azan di muka bumi ini. Sesungguhnya kita semakin dekat dengan hari kiamat. kumungkaran berlaku dimana-mana, di negara kita pun. boleh di katakan setiap hari kalau baca paper banyak kes pembuangan bayi yang sekarang makin menjadi². itu baru kes pembuangan bayi, ntah berapa ramai wanita sekarang yang mengandung sebelum kawin. lebih menyedihkan, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu. angka tersebut menunjuk yang di laporkan. yang tidak dilaporkan?


ok, kembali kepada tajuk kita. apa pendapat anda tentang video diatas? betul, Allah Maha Besar (Allahuakbar). fenomena ini kita akan lebih faham jika kita tersedar dari tidur mendengar azan subuh. kita akan mendengar sahutan azan di masjid² atau surau² yang berhapiran. walaupun sayup-sayup kedengaran dari jauh.

mengikut perspektif sains pulak, Dr Azhar Sarip telah membuat kajian mengenai azan yang berkumandang. Menurut beliau Azan yang dilaungkan mempunyai frekuensi gelombang Theta. untuk mengetahui lebih lanjut mengenai gelombang Alpha, Beta, Theta dan Delta sila klik SINI

bukan sahaja azan tetapi bacaan ayat-ayat suci Al-Quran jugak mempunyai gelombang ini iaitu gelombang Theta. menurut beliau kita sentiasa menghasilkan gelombang Beta. gelombang Beta ini menyebabkan dunia kita tidak sihat. jadi kehadiran azan menghasilkan gelombang Theta. Gelombang ini bertindak sebagai pengimbang atau 'stabilizer' kepada dunia kita. jadi azan telah mengimbangkan dunia kita ini.

dari segi pemikiran yang logik. petanda kiamat, tiada lagi azan berkumandang di dunia ini. Subahanallah, kalo tiada lagi gelombang untuk mengimbangi gelombang Beta ini memang dunia menyebabkan dunia ini tidak stabil sekali gus menghasilkan kemusnahan (dunia kiamat). semuanya telah diaturkan oleh Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Jumu'ah, ayat pertama yang bermaksud

"Apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Maha Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Perkasa, Maha Bijaksana" (Al-Jumu'ah,62:1)

Semua makhluk Allah yang berada di dunia ini bertasbih kepada Allah. seperti yang telah jelaskan tadi, tasbih ini akan menghasilkan gelombang Theta yang mengimbangkan dunia ini. pokok-pokok, tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di hutan semuanya bertasbih kepada Allah. akan tetapi perbuatan manusia yang lupa tentang tangungjawab mereka sebagai khalifah di muka bumi ini telah memusnahkan alam semula jadi kita. bukan sahaja mereka telah menyebabkan pemanasan global, malah telah mengurangkan bilangan makhluk Allah yang bertasbih. mengurangkan sumber penghasilkan gelombang Theta.

saya ingin mengajak anda berfikir sebentar. wallahualam...

1 comment

  1. owh camtu rupanya hubungan azan ngan kiamat... Tq adam... PEACE...

    ReplyDelete