Amaran dan Peringatan kepada yang memboikot!

31 January 2009

Percaya atau tidak, boikot kita sudah semakin berhasil! Baru-baru ini sebuah syarikat produk yang diboikot melahirkan kebimbangan kesan dari boikot ini, yang menurutnya turut menyebabkan kerugian umat Islam sendiri. dari sudut positifnya, kebimbangan yang diluahkan membuktikan bahawa kedudukan syarikat tersebut adalah vulnerable @ boleh digugat dengan boikot ini! ternyata sesiapa yang mengatakan boikot ini adalah usaha remeh, tidak ada kesan dan sebagainya, pernyataan tersebut adalah silap sama sekali! kini bukti sudah berada di depan mata. apa lagi yang hendak ditunggu?

Download Full Series Puaka Niyang Rapik TV3

30 January 2009

Niyang Rapik merupakan nama sebuah kampung yang mempunyai kepercayaan kuat bahawa kampung ini telah di kawal oleh kuasa ajaib.Mampukah Uztaz Amirul mampu mengubah kepercayaan kampung ini?


Offline Gmail terbaru dari Google

29 January 2009

Mungkin anda tertanya² apakah Offline Gmail ni? sebenarnya ini adalah fungsi terbaru dari Gmail Labs di mana anda boleh membaca e-mail anda walaupun anda offline. terkejut bukan? tapi itulah hakikat nya teknologi yang telah dibangunkan oleh Google.

sememangnya ia tidak perfect lagi disebabkan ianya masih dalam experimental. tetapi ramai yang menyukainya berdasarkan feedback yang diterima oleh Google menyatakan bahawa offline Gmail ini sangat membantu mereka sekiranya selalu mengalami internet connection yang terputus-putus atau pun internet connection yang terlampau perlahan atau slow. biasanya jika ini terjadi di bahagian atas Gmail akan tulis 'still working..' apabila loading nya mengambil masa yang lama. akhirnya connection lost.

Summary post pada main page blog

Mungkin anda penah tgk main page blog kat blogspot ni ade tulis "Read More..." atau pun kat blog ni sendiri ade tulis "Teruskan bacaan »" bila klik baru lah keseluruhan post muncul. kali ni pulak aku nak berkongsi macam mane nak buat post summary ataupun pendahuluan entry anda.

okay kita terus ke tutorial. malas nak sembang panjang-panjang. tapi macam biasa sebelum buat ni. make sure backup template dulu. just in case anything happen.

Tengok gambar di friendster untuk private profile

26 January 2009

dah lama aku mencari cara bagaimana nak view private photo kat Friendster tapi hasilnya hampa. cara yang ade semua telah dipatchkan oleh Friendster. ada juga aku download software² untuk melihat private photo dan jugak private profile kat Friendster. tapi dapat guna sekejap sahaja kerana telah di patch oleh friendster. baru-baru ni aku jumpa lagi satu software tuk tujuan yang sama. malangnya kali ini mereka meletakkan bayaran untuk software tersebut. wah... pandai sungguh membuat duit dengan reverse engineering.

Cermin Mata

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. setelah matanya diperiksa, dia bertanya :

"Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?"

"Dah Tentu," jawab doktor.

"Oh gembiranya. Dah lama saya buta huruf,akhirnya boleh juga saya membaca." Kata lelaki itu dengan riang.

theori buah manggis

25 January 2009

Masa makan buah manggis petang tadi buatkan aku berfikir. dah lama pokok manggis kat depan umah aku ni tak bebuah. tak tahu kenapa sebabnya. tetapi yang menghairankan aku tahun ni baru dia start berbuah dengan lebat.

jika diimbau kembali sejarah pokok manggis ni. sebelum aku pindah umah yang aku duduk ni sekarang. pokok tu dah ade tersergam depan umah aku. cuma pokok tu je yang kekal sampai sekarang. pokok rambutan, jambu batu dan jambu air sumanya telah ditebang. padahal pokok² ni lah yang selalu berbuah, lebat plak tu buahnya. bukan macam pokok manggis ni. sejak dari mula-mula dok sini. alahai.. sekali berbuah tak payah nak cakap. tak nampak pun buahnya kat pokok. kena g cari disebalik daun-daun nya untuk makan buah manggis. cuma tahun ni je lebat buahnya. mungkin dah abes merajuk kot.

Nuffnang dan Celcom Broadband

22 January 2009

Rungutan demi rungutan daripada para pelanggan Celcom Broadband. Banyak soalan yang kedengaran. antaranya... kenapa tak boleh masuk laman web nuffnang? kenapa tak boleh bukak blog yang ade iklan nuffnang? kalau boleh pun separuh blog je boleh view? kenapa tak boleh nak upload gambar kat blog? kenapa? kenapa? dan persoalannya kenapa?

tetapi aku bukan nak menjawab semua persoalan itu. yang pasti jika anda mempunyai persoalan seperti di atas. ternyata anda merupakan salah seorang pelanggan Celcom Broadband.

Download Cerita TV3

15 January 2009


Membuat pilihan bukannya mudah

09 January 2009

Rentetan dari post yang lepas mengenai Dilema antara dua pilihan. macam-macam jawapan yang ade. tapi jawapannya antara dua je. jika tak korbankan anak korbankan mak. walaubagaimanapun semua ade sebab tersendiri untuk memilih siapa yang perlu dikorbankan.

apa yang aku dapat belajar dari cerita ini ialah kita takkan dapat buat keputusan dengan fikiran yang tidak tenang atau dalam keadaan tekanan yang tinggi. sebab itu keputusan yang paling baik dibuat masa pikiran tenang dimana otak boleh berfikir dengan sangat waras.

Download Full Series Dendam TV3

08 January 2009


Dilema antara dua pilihan

06 January 2009

semua orang pernah mengalami perkara ini. tetapi adakah anda membuat keputusan yang tepat? pilihan.. orang kata hidup ini adalah mengenai membuat pilihan. kita sentiasa ada pilihan. kerana pilihan kita sekarang akan memberi kesan kepada masa depan. tetapi jangan takut untuk membuat pilihan. kerana semuanya telah tertulis di Loh Mahfuz (tak pasti betul ke ejaan melayu dia macam ni).

Highlight warna komen author dekat komen list

05 January 2009

Mungkin anda mahu kelainan kepada komen anda sediri daripada komen-komen pembaca. pembaca juga senang bezakan komen penulis dengan komen pembaca. takde la pembaca nak kena tengok elok-elok nak tahu siapa yang komen. dengan adanya warna yang membezakan komen ini pembaca tidak akan keliru lagi. malah mudah mengenali komen author ataupun penulis dengan ada nya highligh color ni.

Waktu-waktu Mustajab Berdoa

04 January 2009

Doa mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkan naik ke langit untuk diterima Allah S.W.T. rukun yang paling utma ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk. sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa , iaitu :

Notify update menggunakan twitter

03 January 2009

Twitter adalah satu service atau social networking di mana para blogger menggunakan nya untuk memberitahu pembaca mengenai update terbaru dalam blognya. jika anda seorang blogger anda patut consider untuk menggunakan service ini.

anda boleh register di http://twitter.com secara percuma. jika anda telah mempunyai akaun twitter anda jangan lupa untuk menjadi Follower Musafir Cyber di http://twitter.com/MusafirCyber untuk mendapatkan update-update terkini daripada Musafir Cyber.

Adakah kita seorang pemaaf?

02 January 2009

Persoalan ini kita tinggalkan seketika. kerana anda yang akan jawab sendiri soalan itu. kerana kali ini Musafir Cyber ingin membawakan satu kisah untuk anda bermuhasabah diri anda.

ikuti cerita di bawah. mudah-mudahan ianya dapat dijadikan iktibar.

Auto Friend Adder

01 January 2009

Atau permintaan ramai aku bagi code untuk automatik send friend request tanpa orang yang view friendster kita tahu. friend request akan dibuat secara background jika orang yang view friendster kita tiada dalam friend list kita.

sila gunakan dengan berhemah kerana jika salah guna banyak akibatnya. kat bawah ni aku attachkan message yang aku dapat dari seseorang yang menjadi mangsa code ini.