Kelebihan bulan Muharram

21 December 2009

Berikutan kalendar Islam bermula pada 1 Muharam menyebabkan ia turut dikenali sebagai Awal Muharram, tetapi paling penting ia mengingatkan umat Islam kepada peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah. Perlu diingatkan, Muharam bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar Islam, sebaliknya termasuk dalam kumpulan empat bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah SWT.

Firman Allah dalam surah at-Taubat ayat 36 bermaksud:
"Sesungguhnya bilangan pada sisi Allah ialah 12 bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia mencipta langit dan bumi, di antaranya empat bulan adalah 'haram' (iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab)."

Haram dalam bahasa Arab bererti dihormati dalam segala aspek iaitu bulan yang mengikut riwayat sahih ialah Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab. Bukan bermakna bulan lain tidak baik, tetapi keberkatan Allah SWT turun pada empat bulan itu.

Muharam penuh dengan peristiwa dalam sejarah tamadun Islam. Selama 30 hari itu penuh dengan pelbagai keistimewaan. Teristimewa adalah 10 hari pertama. Banyak peristiwa berlaku sejak zaman berzaman dalam sejarah Muharam yang dikenali dengan nama Asyura.Beberapa perkara penting berlaku pada Muharam mengikut pandangan cendekiawan ilmu dalam Islam, termasuk bulan ini Allah SWT mencipta syurga dan bumi, menyelamatkan nabi daripada kezaliman musuh dan mencipta Nabi Adam a.s.

Pada hari Asyura iaitu pada hari 10 Muharam pula bahtera Nabi Nuh a.s diselamatkan di Gunung Judi, Nabi Ibrahim a.s daripada api Namrud dan Nabi Musa a.s daripada Firaun dengan hari kiamat

Pada zaman Rasulullah saw ada seorang Yahudi menuduh seorang Muslim mencuri juga berlaku pada hari Asyura. Asyura adalah hari paling mulia di dalam Muharam sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas,
"Apabila Nabiberhijrah ke Madinah, orang Yahudi di Madinah berpuasa pada 10 Muharam dan mereka mengatakan pada hari itulah Nabi Musa as diselamatkan daripada kezaliman Firaun."
Nabi Musa as diselamatkan bersama sahabat baginda, tetapi Firaun dan askarnya lemas dalam sungai. Itu sebabnya kami berpuasa pada hari Asyura.

"Apabila baginda mendengar penjelasan mereka, baginda kemudian berkata dengan bangga bahawa kami paling berhak dan paling dekat kepada Nabi Musa as lebih daripada kamu sekelian dalam semua aspek. Maka Rasulullah menyuruh umat Islam berpuasa pada hari Asyura." (Hadis riwayat Abu Daud)

Ganjaran pahala

Selain berpuasa, umat Islam digalak melakukan pelbagai perkara sunat kerana Allah SWT menjanjikan ganjaran pahala besar bagi yang mengamalkannyapada hari penuh berkat itu.

Mengikut ulama besar, Syeikh Abdul Rahman Asyfuri, 14 perkara sunat diamalkan pada hari Asyura (10 Muharam). Antaranya:
  1. Puasa sunat hari Asyura. Allah menjanjikan pahala laksana 1,000 kali haji, seribu umrah, seribu syahid dan diharamkan daripada neraka.

  2. Menjamu orang berbuka puasa. Allah memberi pahala, seperti member! sekalian umat Islam berbuka puasa.

  3. Sembahyang sunat empat rakaat. Niatnya "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah, baca surah Qul-huwallah 11 kali. Allah akan mengampunkan dosanya, walaupun berlarutan 50 tahun melakukannya.

  4. Membaca Qulhuwallah 1,000 kali. Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat di akhirat.

  5. Mandi sunat. Niatnya "Sahaja aku mandi sunat Asyura kerana Allah Taala." Allah swt memberi kesihatan yang baik dan tidak sakit berat, pada tahun itu.

  6. Memakai celak. Allah swt menjauhkan daripada sakit mata pada tahun itu.

  7. Memelihara kehormatan diri. Allah swt mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Bersedekah. Allah swt menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tidak berhenti-henti hingga ia mati dan diberi pahalaseperti bersedekah kepada fakir miskin di dunia ini.

  9. Menyapu kepala anak yatim. Allah swt mengurniakan sepohon di syurga bagi setiap helai rambut yang disapunya.

  10. Menunjukkan orang sesat ke jalan benar. Allah memenuhkan cahaya iman dalam hati-nya.

  11. Menahan marah. Allah swt memasukkannya ke dalam golongan orang yang reda.

  12. Memuliakan fakir miskin. Allah swt memuliakan-nya dalam kubur.

  13. Melapangkan belanja anak isteri. Allah swt akan melapangkan hidupnya pada tahun itu.

  14. Membaca surah al-Infithaar. Jika seseorang yang ditimpa musibah seperti demam membacanya ketika mandi, Insya-Allah akan sembuh.

dari inbox penulis

5 comments

  1. salam..musafir cyber.
    awak ada FB x?
    dan segala apa y post kat sni, sumenya awk tulis sndri k?
    tyr je.maaf klu ada t'kasar bahasa.

    ReplyDelete
  2. MCyber tiada akaun facebook...segala yang ditulis adalah tulisan sendiri tetapi ada juga yang diambil daripada email untuk dikongsi..

    ReplyDelete
  3. SALAM ,SELAMAT MANYAMBUT THN BARU 1432H.

    MINTA KEIZINAN UNTUK COPY KELEBIHAN BULAN MUHARAM,UNTUK KEGUNAAN SENDIRI DAN BERKONGSI DGN TEMAN2.

    ReplyDelete
  4. @haizur: silakan... ilmu ini bukan milik saya. sebarkan kepada rakan yang lain.

    ReplyDelete