Amalan-Amalan Sunat Bulan Muharram

27 December 2009

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Tiga belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

  2. Memuliakan fakir miskin.
    Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

  3. Menahan marah.
    Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

  4. Menunjukkan orang sesat.
    Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

  6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

  7. Memelihara kehormatan diri.
    Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

  8. Mandi Sunat.
    Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
    Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."

  9. Bercelak.
    Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali.
    Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

  11. Sembahyang sunat empat rakaat.
    Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
    Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

  12. Menjamu orang berbuka puasa.
    Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

  13. Puasa.
    Lafaz Niat: "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala."
    Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sumber : Al-Azim
Related Posts with Thumbnails
 

Support Our Sponsor

Archives