25 January 2009

Masa makan buah manggis petang tadi buatkan aku berfikir. dah lama pokok manggis kat depan umah aku ni tak bebuah. tak tahu kenapa sebabnya. tetapi yang menghairankan aku tahun ni baru dia start berbuah dengan lebat.

jika diimbau kembali sejarah pokok manggis ni. sebelum aku pindah umah yang aku duduk ni sekarang. pokok tu dah ade tersergam depan umah aku. cuma pokok tu je yang kekal sampai sekarang. pokok rambutan, jambu batu dan jambu air sumanya telah ditebang. padahal pokok² ni lah yang selalu berbuah, lebat plak tu buahnya. bukan macam pokok manggis ni. sejak dari mula-mula dok sini. alahai.. sekali berbuah tak payah nak cakap. tak nampak pun buahnya kat pokok. kena g cari disebalik daun-daun nya untuk makan buah manggis. cuma tahun ni je lebat buahnya. mungkin dah abes merajuk kot.

tapi apa yang membuatkan aku terpikir sejenak ketika makan buah manggis ialah kebesaran yang maha pencipta. masa kecik-kecik dulu masa makan buah manggis ade orang bagi aku teka-teki. aku pun dah lupa siapa. teka-teki nya amat mudah. iaitu meneka ulas dalam buah manggis. aku heran kenapa kesemua yang ditekanya semua betul.

akhirnya dia bagitau trick dia kat aku. masa tu baru aku tahu bahawa jumlah ulas dalam buah manggis boleh di ketahui dengan mengira berapa kelopak ke ape tah namanya yang kat bawah buah manggis tu. kalau tak pernah tengok buah manggis boleh tengok dalam gambar kat sebelah ni. magic kan?

sebenarnya ape yang buat aku terpikir seketika tadi kerana teringatkan kisah tersebut membuatkan aku tersenyum sorang diri. jika diperhatikan oleh orang lain mesti dorang pikir aku dah gila senyum sorang² makan manggis.

tetapi lamunanku terus melayang memikirkan betapa besarnya kuasa yang maha pencipta yng menciptakan buah manggis dengan sifatnya yang sebegitu. mungkin kita tak penah terpikir kenapa nak buat macam tu sedangkan kalau kita kopek buah tu kita tahu jugak isi didalamnya ade berapa ulas. tapi bagi aku kejadiannya yang sebegitu adalah untuk menunjukkan bahawa setiap kejadian mempunyai petanda yang kalau kita perhatikan betul-betul kita boleh mengetahui ape yang tersirat di sebalik tersurat.

contoh yang paling mudah sekali ialah mimpi ada yang mengatakan mainan tidur. tetapi mimpi mempunyai maksudnya yang tersendiri jika pandai manafsirnya. bak kata orang tua-tua kalau mimpi dipatuk ular tandanya ade orang nak masuk meminang.

dari sudut lainnya pulak ia jelas menunjukkan kehebatan yang maha pencipta. adakah wujud satu kuasa yang boleh menunjukkan sesuatu perkara dengan tepat persis dan jitu? jelas ada kuasa yang mengawal setiap perkara walaupun sebesar zarah sekalipun. dan kuasa itu tak lain dan tidak bukan malah tak dapat disanggkal lagi. kuasa yang maha pencipta Allah s.w.t.

dan seumur hidup aku tak pernah jumpa manggis yang salah perkiraan di luarnya. semuanya tepat. tapi kalau anda ade jumpa yang tidak tepat boleh berkongsi.

waallahu'alam.

2 Komen:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!