Hakikat Seorang Wanita

25 March 2007

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.

Sesuatu yang anda tidak pernah tahu atau terpikir

22 March 2007

" Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu m anis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yan g indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yan g cerah berdasarkan pada masa lalu yan g telah dilupakan.Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu."

Tips untuk menguruskan badan

21 March 2007

Ramai yg bertanyakan tentang tips tips untuk menguruskan badan. bagaimana mengekalkan badan yang ramping. cara menguruskan badan dan sebagainya. syukur Alhamdulillah aku tidak mempunyai masalah berat badan. mungkin faktor genetik dan sebagainya. kata orang metabolism dalam badan aku tinggi.

7 alasan mengapa saintis percaya wujudnya tuhan

20 March 2007

Artikel dari Mr. Cressy Morisson, bekas Presiden 'New York Academy Of Sciences' yang pertama kali terbit di dalam Reader's Digest Januari, 1948 ;kemudian dengan sokongan Professor C. A. Couldson, F. R.S. Profesor Matematik di Universiti Oxford ianya telah diterbit semula di dalam Reader's Digest November 1960. Rencana ini membuktikan para saintis mengakui betapa perlunya kehadiran tuhan yang maha Pencipta.

Kita masih lagi berada dalam keheningan subuh zaman saintifik dan setiap peningkatan sinar mentari membawa petunjuk akan keagungan maha pencipta.Setelah 90 tahun sejak Darwin membuat penemuan dengan semangat sains kemanusian dan dengan kepercayaan kepada pengetahuan yang semakin hampir kita dekati menyebabkan kita semakin bertambah yakin dengan adanya Tuhan.

Mengubah Icon pada Start Menu

15 March 2007

Jika anda berhasrat untuk mengubah Icon pada Start Menu. begini caranya.
  1. mula-mula pegi kat regedit ( start > run > regedit )
  2. cari ni

    HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\explorer\Shell Icons

  3. klik kanan New > String Value Letak no 19 sebagai name kat string value tu
  4. pastu dwi klik letaklah tempat file tu cth:

    "C:\My Documents\Icon\Skull.ico"

  5. pastu restart computer.

Kisah 3 Orang Budak Hitam dan 3 Permintaan

04 March 2007

Tiga orang budak hitam berjalan-jalan di atas pasir di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang dari mereka tertendang sebiji botol. Beliaupun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka keheranan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu salah seorang dari mereka pun membukanya. Terbuka sahaja botol tersebut, keluarlah jin yang amat besar.

Setengah Meter je Lagi

03 March 2007

Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kali kekasihnya datang ke rumahnya,

kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnya gadis itupun menceritakan kesedihannya,

"Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengan keluarga".

Silap Mata Syiling 5 Sen

02 March 2007

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Cinta pelajar sains

01 March 2007

macam-macam definisi cinta yang kita dengar. bagi aku tak ada definisi. tapi kita akan faham dengan sendirinya bila kita megalaminya. cinta itu satu anugerah. anugerah yang maha pencipta kepada hambanya.

Ikuti dialog cinta jika pelajar sains yang bercinta. sumbernya daripada email yang aku dapat.